Hawa Rizwana
Hawa Rizwana | |
|---|---|
هاوا ريزوان | |
| Kelahiran | Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan 7 September 1995 |
| Pendidikan | Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | |
| Tahun aktif | 2016–kini |
| Majikan |
|
| Ibu bapa | Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman (bapa) |
| Saudara |
|
Hawa Rizwana binti Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 (2016-18) dan merupakan bekas penyampai Buletin Utama di TV3 (2019-22). Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa. Bapanya ialah bekas pengacara televisyen, Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman. Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI).