Hauts-de-France

Hauts-de-France ialah salah satu daripada 18 wilayah (régions) di Perancis, terletak di bahagian utara negara itu. Ia merupakan gabungan dua bekas wilayah, Nord-Pas-de-Calais dan Picardie, hasil daripada pelan reformasi wilayah yang dilaksanakan pada 1 Januari 2016. Hauts-de-France bersempadan dengan Belgium di utara dan timur laut, serta berhadapan dengan Selat Inggeris (La Manche) di barat laut.