Hassan Sheikh Mohamud

Hassan Sheikh Mohamud
حسن شيخ محمود
Hassan pada 2013
Presiden Somalia ke-8 dan ke-10
Menyandang jawatan
15 Mei 2022
Perdana MenteriMohamed Hussein Roble
Didahului olehMohamed Abdullahi Mohamed
Dalam jawatan
10 September 2012 – 16 Februari 2017
Perdana MenteriAbdiweli Mohamed Ali
Abdi Farah Shirdon
Abdiweli Sheikh Ahmed
Omar Abdirashid Ali Sharmarke
Didahului olehMohamed Osman Jawari (pemangku)
Digantikan olehMohamed Abdullahi Mohamed
Pemimpin Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan
Menyandang jawatan
4 Oktober 2018
Pemimpin Parti Damai dan Pembangunan
Dalam jawatan
20 April 2011 – 22 Disember 2016
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehAhmed Ali
Maklumat peribadi
Lahir (1955-11-29) 29 November 1955
Jalalaqsi, Wilayah Amanah Somaliland
Parti politikParti Damai dan Pembangunan (Sebelum 2016)
Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan (2018–kini)
PasanganSahro Xasan ()
Qamar Ali
PendidikanUniversiti Nasional Somalia
Universiti Barkatullah
Tandatangan

Hassan Sheikh Mohamud (Somali: Xasan Sheekh Maxamuud, Arab: حسن شيخ محمود; lahir 29 November 1965) ialah seorang ahli politik Somaliayang kini berkhidmat sebagai presiden Somalia sejak Mei 2022. Beliau ialah pengasas dan pengerusi bagi Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan. Beliau juga terpilih sebagai Presiden Republik Persekutuan Somalia pada 15 Mei 2022, menewaskan presiden penyandang Mohamed Abdullahi Mohamed. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di jawatan sama pada 2012 hingga 2017. Seorang aktivis politik dan hak asasi rakyat, Hassan sebelum itu pernah menjadi profesor universiti dan dekan.

Hassan dilahirkan di Jalalaqsi, sebuah pekan pertanian kecil yang terletak di tengah Hiran di Somalia, semasa fasa pemegangan amanah, dan datang daripada latar belakang kelas pertengahan. Hassan berkahwin dengan Qamar Ali Omar dan dikurniakan 9 orang anak. Beliau boleh bertutur dalam Somali dan Inggeris.