Hassan Muhamad
Dato' Haji Hassan Muhamad | |
|---|---|
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
| Dalam jawatan 2004–2008 | |
| Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
| Kawasan pilihan raya | Temangan |
| Dalam jawatan 1999–2004 | |
| Portfolio | Pembangunan Islam, Pendidikan, Belia dan Sukan |
| Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
| Kawasan pilihan raya | Kemuning |
| Dalam jawatan 1997–1999 | |
| Portfolio | Pembangunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum |
| Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
| Kawasan pilihan raya | Kemuning |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Temangan | |
| Dalam jawatan 2004–2008 | |
| Didahului oleh | Kerusi diwujudkan semula |
| Digantikan oleh | Mohamed Fadzli Hassan |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kemuning | |
| Dalam jawatan 1995–2004 | |
| Didahului oleh | Kerusi diwujudkan |
| Digantikan oleh | Zakaria Yaacob |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1944 Kampung Kabah, Machang, Kelantan |
| Meninggal dunia | 26 Oktober 2013 (umur 68-69) Machang, Kelantan |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
| Pasangan | Hasnah binti Salleh |
| Anak | 5 termasuk Mohamed Fadzli Hassan |
| Ibu bapa | Haji Muhamad bin Abdullah Hjh Naemah binti Omar |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Haji Hasan bin Muhamad (Jawi: حسن بن محمد) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kelantan. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1995 hingga 2008 di DUN Kemuning (1995-2004) dan Temangan (2004-2008). Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dalam tempoh khidmat beliau sebagai ADUN, sejak 1997 hingga 2008. Beliau ialah bapa kepada seorang ahli politik Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan. Beliau meninggal dunia pada 26 Oktober 2013.