Hasrat (lagu)
| "Hasrat" | |
|---|---|
| Single oleh Amir Jahari | |
| Dilancarkan | 20 Februari 2023 |
| Format | Muat turun digital, media penstriman |
| Panjang | 3:58 |
| Syarikat | Luncai Emas |
| Penulis | Amir Jahari |
| Penggubah | Amir Jahari |
| Penerbit | Amir Jahari |
| "Hasrat" di YouTube | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
"Hasrat" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan komposer Malaysia, Amir Jahari. Lagu ini digubah sebagai lagu runut dalam filem cereka sains, Imaginur. Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 3 Mac 2024.