Hasnah Haron

Hasnah Haron
Kelahiran1947 (1947)
Malaysia
WarganegaraMalaysia
Meninggal dunia1 Ogos 2011(2011-08-01) (umur 63–64)
Hospital Sultan Ismail
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikSuara
sunting · sunting di Wikidata

Hasnah Haron merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Lagu popularnya ialah Bersedih, Sabar Menanti dan Siti Zubaidah.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Hasnah Haron sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Les Kafilas. Beliau mencipta nama dengan lagu Bersedih.

Hasnah Haron turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.