Hasmiza binti Othman

Dato' Sri Dr. Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sri Vida (kadangkala disingkatkan sebagai DSV; lahir 24 Oktober 1971) ialah seorang usahawan, pengacara, pelakon dan penyanyi wanita Malaysia yang berasal dari Kelantan. Beliau telah menerima Darjah SSAP yang membawa gelaran Dato’ Sri. Darjah kebesaran ini dikurniakan oleh Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober 2014.


Vida

Kelahiran
Hasmiza binti Othman

(1971-10-24) 24 Oktober 1971
PekerjaanPengacara, pelakon penyanyi, usahawan
Terkenal keranaQu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh
PasanganMohd Amin Yasin (k. 2000; c. 2008)
Azid Hamzah (k. 2014; c. 2014)
Fairuz Ahmad Zainuddin (k. 2014; c. 2017)

Pada 14 Julai 2017, Dato’ Sri Vida telah melancarkan single sulungnya yang bertajuk "I Am Me" yang digubah dan dikarang oleh Edry Abdul Halim daripada KRU. Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 50,000 tontonan selepas dimuat naik ke YouTube dalam tempoh masa 2 minit.