Hashridz Murshim Hassim


Hashridz Murshim

DIMP (Pahang)
Kelahiran
Hashridz Murshim bin Hassim

(1970-10-19) 19 Oktober 1970
WarganegaraMalaysia
Nama lainAcis, Acis Gersang
PekerjaanPemuzik, Pengarah Muzik
Tahun aktif1988-kini
PasanganDato' Sheila Majid (k. 2003)
Anak-anakKhadeja Zaireen Murshim (anak)
Khalefa Laila Murshim (anak)
Megat Abdul Majid Aziz (anak tiri)
Wan Nur Khaleda (anak tiri)
Kerjaya muzik
GenreRock, Balada
Alat muzikKeyboard
Syarikat rakamanRahim Othman Production (ROP)
PMC / BMG
Kegiatan berkaitanKumpulan Gersang
Laman web rasmihttp://instagram.com/hashridz

Dato’ Hashridz Murshim bin Hassim atau lebih dikenali sebagai Acis yang dilahirkan pada (1970-10-19) 19 Oktober 1970 di Kuala Lumpur. Beliau terkenal sebagai salah seorang anggota kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu Kumpulan Gersang yang berperanan sebagai pemain papan nada (keyboard). Walaupun Gersang diasaskan pada tahun 1981 dan menjadi artis rakaman pada tahun 1987, beliau hanya mula menganggotai kumpulan tersebut dalam album kedua Gersang berjudul Takdir yang dikeluarkan pada tahun 1988. Selain itu, beliau merupakan suami kepada ratu jazz Malaysia iaitu Dato' Sheila Majid.