Hasanuddin Mohd Yunus

Hasanuddin Mohd Yunos
PMW (WP); AP
Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Menyandang jawatan
9 Mei 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohd Na'im Mokhtar
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P101 Hulu Langat, Selangor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehDr. Che Rosli Che Mat
Digantikan olehMohd Sany Hamzan
Majoriti25,424 (2018)
Maklumat peribadi
Lahir (1964-12-05) 5 Disember 1964
Rengit, Johor, Malaysia
Parti politik Parti Amanah Negara (2015-kini)
Parti Islam Se-Malaysia (1999-2015)
PasanganDatin Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir
KediamanSelangor
PekerjaanAhli politik

Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (lahir 5 Disember 1964) ialah ahli politik di Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sejak 2023. Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat (P101) mewakili Pakatan Harapan pada 2018 hingga 2022. Beliau ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak 2015.

Beliau ialah salah seorang anggota delegasi Malaysia dalam misi flotila kebebasan Gaza pada 2010 yang menaiki kapal MV Mavi Marmara yang dirampas. Dalam bidang kemanusiaan, beliau terlibat Pertubuhan IKRAM Malaysia dan pernah dipilih sebagai timbalan presiden pertubuhan itu pada 2014-2018. Beliau juga ialah pengerusi pengasas pertubuhan kemanusiaan Aqsa Syarif yang berpaksikan kepada bantuan kepada Palestin.