Hasan al-Kharrat

Hasan al-Kharrat
حسن الخراط
Portret al-Kharrat
Kelahiran1861
Damsyik, Wilayah Syria, Empayar Uthmaniyah
Meninggal dunia1925 (berumur 63–64)
WarganegaraSyria
PekerjaanPengawal malam dan qabaday (ketua belia tempatan) al-Shaghour
Terkenal keranaKetua pemberontakan Damysik dan Ghouta ketika Pemberontakan Syria Besar
Anak-anakFakhri

Abu Muhammad Hasan al-Kharrat (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: ابو محمد حسن الخراط) atau lebih dikenali sebagai Hasan al-Kharrat (1861–25 Disember 1925) ialah salah seorang ketua pemberontak Syria utama dalam Pemberontakan Syria Besar terhadap Mandat Perancis. Kawasan operasi utama beliau adalah di Damsyik dan perkampungan Ghouta. Beliau telah terbunuh dalam penentangan dan dianggap sebagai seorang wira oleh rakyat Syria.

Sebagai qabaday (ketua belia tempatan) bagi kawasan al-Shaghour di Damsyik, al-Kharrat mempunyai hubungan dengan Nasib al-Bakri, seorang pejuang kebangsaan dari keluarga paling berpengaruh dalam kawasan itu. Dengan undangan al-Bakri, al-Kharrat menyertai pemberontakan pada Ogos 1925 lalu membentuk sekumpulan pejuang dari al-Shaghour dan kejiranan lain di sekitarnya. Beliau memimpin serangan pemberontakan terhadap Damsyik, mengambil alih kediaman Pesuruhjaya Tinggi Perancis Maurice Sarrail sebelum menarik diri di tengah pengeboman oleh pihak Perancis.

Menjelang akhir tahun 1925, hubungan semakin tegang antara al-Kharrat dan ketua-ketua pemberontakan yang lain, terutamanya dengan Sa'id al-'As dan Ramadan al-Shallash, kerana mereka dituduh merompak kampung-kampung dan memeras penduduk tempatan. Al-Kharrat terus memimpin operasi di Ghouta di mana beliau akhirnya terbunuh dalam serangan hendap oleh pihak Perancis. Pemberontakan itu mula melesap pada 1927, tetapi beliau memperoleh reputasi sebagai seorang syahid dalam penentangan Syria terhadap pemerintahan Perancis.