Harussani Zakaria

Harussani Zakaria
PSM; DSA, SPMP, DPMP (Perak); JSM, AMN, PKT, PJK (Pulau Pinang)
Mufti Perak
Dalam jawatan
1985 – 30 Mei 2021
Raja
TimbalanZamri Hashim (2008-2021)
Didahului olehAbdul Malek Nordin
Digantikan olehWan Zahidi Wan Teh
Maklumat peribadi
Lahir8 April 1939
Parit Buntar, Perak
Meninggal dunia30 Mei 2021(2021-05-30) (umur 82)
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak
Cause of deathCOVID-19
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak
PasanganPuan Sri Datin Seri Hajah Ainon Abdul Ghani
Anak4 (termasuk A Abdul Hakim Mazhar dan Ahmad Wafi)
Ibu bapaHaji Zakaria Haji Osman (bapa)
Hajah Zainab Jalaluddin (ibu)

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria (8 April 1939 – 30 Mei 2021) merupakan Mufti Perak ke-8 yang berkhidmat dari tahun 1985 sehingga 2021. Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak dan telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Seri Hajah Ainon binti Abdul Ghani. Mereka mempunyai 4 orang anak. Walaupun Harussani terkenal sebagai seorang tokoh agamawan yang disegani, namun selama menyandang jawatan Mufti Perak beliau juga sering mengeluarkan kenyataan, fatwa dan dakwaan yang menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat.

Beliau meninggal dunia akibat COVID-19 pada 30 Mei 2021. Anak sulung beliau, A Abdul Hakim Mazhar telah meninggal dunia pada 16 Ogos 2021 akibat penyakit yang sama.