Harper Lee

Harper Lee
Lee pada 5 November 2007
LahirNelle Harper Lee
(1926-04-28)28 April 1926
Monroeville, Alabama, U.S.
Meninggal dunia19 Februari 2016(2016-02-19) (umur 89)
Monroeville, Alabama, Amerika Syarikat
Nama penaHarper Lee
Pekerjaanpenulis novel
WarganegaraAmerika Syarikat
Tempoh1960–2016
Karya terkenalTo Kill a Mockingbird
Go Set a Watchman
Tandatangan

Nelle Harper Lee (28 April, 1926 – 19 februari, 2016), atau nama penanya Harper Lee, adalah seorang penulis novel dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan karya To Kill a Mockingbird yang diterbitkan pada tahun 1960. Novel tersebut memenangi Hadiah Pulitzer 1961 dan menjadi antara karya sastera Amerika moden yang terhebat. Lee dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden atas sumbangannya kepada sastera meskipun beliau hanya menerbitkan satu novel sahaja. Selain itu juga, Lee menerima banyak ijazah kehormat tetapi menolak tawaran untuk memberikan ucapan kepada orang ramai pada majlis-majlis sebegini. Dia juga membantu kawan rapatnya Truman Capote dalam membuat penyelidikan untuk karya Capote bertajuk In Cold Blood (1966). Watak Dill dalam To Kill a Mockingbird itu sendiri adalah berdasarkan Truman.

Plot dan watak-watak To Kill a Mockingbird  secara longgarnya berdasarkan pemerhatian Harper terhadap keluarga dan jiran-jirannya, serta suatu peristiwa yang berlaku dekat dengan kampung halamannya pada tahun 1936, ketika dia berusia 10 hingga 20 tahun. Novel tersebut membincangkan sikap golongan dewasa yang tidak rasional terhadap bangsa dan kelas di pedalaman Selatan Amerika Syarikat tahun 1930-an, seperti yang digambarkan melalui mata dua orang kanak-kanak. Novel itu diilhamkan oleh sentimen rasis penduduk kampung halamannya di Monroeville, Alabama.

Novelnya yang seterusnya dan terakhir, Go Set a Watchman, ditulis pada pertengahan tahun 1950-an dan diterbitkan pada Julai 2015 sebagai "sekuel" To Kill a Mockingbird, namun ia kemudiannya disahkan sebagai draf pertama novel tersebut.