Harold Ramis

Harold Ramis
Ramis pada Oktober 2009.
Kelahiran
Harold Allen Ramis

(1944-11-21)21 November 1944
Meninggal duniaFebruari 24, 2014(2014-02-24) (umur 69)
Glencoe, Illinois, A.S.
DikebumikanShalom Memorial Park, Arlington Heights, Illinois, U.S.
Pusat pendidikanUniversiti Washington di St. Louis
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelawak
  • pengarah
  • penulis
Tahun aktif1968–2014
Pasangan
  • Anne Plotkin (k. 1967; c. 1984)
  • Erica Mann (k. 1989)
Anak-anak4

Harold Allen Ramis (/ˈrmɪs/; 21 November 1944 – 24 Februari 2014) merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah dan penulis Amerika Syarikat. Watak lakonannya yang paling terkenal ialah sebagai Egon Spengler dalam Ghostbusters (1984) dan Ghostbusters II (1989), dan sebagai Russell Ziskey dalam Stripes (1981); beliau juga menulis bersama filem-filem tersebut. Sebagai pengarah, filem-filem arahan beliau termasuk Caddyshack (1980), National Lampoon's Vacation (1983), Groundhog Day (1993), dan Analyze This (1999). Ramis merupakan ketua penulis asal siri televisyen SCTV, yang mana beliau juga ialah penghibur, dan juga sebagai penulis bersa,a Groundhog Day dan National Lampoon's Animal House (1978). Filem terakhir yang beliau tulis, terbit, arah, dan berlakon ialah Year One (2009).

Hasil karya Ramis telah mempengaruhi generasi pelawak, penulis komedi dan pelakon. Pembikin filem dan pelakon termasuk Jay Roach, Jake Kasdan, Adam Sandler, Peter dan Bobby Farrelly yang memetik filem-filemnya antara kegemaran mereka. Bersama-sama Danny Rubin, beliau memenangi Anugerah BAFTA untuk Lakonlayar Asal Terbaik untuk Groundhog Day.