Hari Valentine

Hari Valentine
هاري ۏالينتاين
Kad Valentine antik
Juga dikenali sebagai
Hari Santo Valentine
Hari Kekasih
Diraikan oleh/di
Kebanyakan negara
JenisKebudayaan, Kristian, komersil
KepentinganMeraikan cinta dan kasih sayang sesama kekasih
UpacaraMenghantar kad ucapan, bertukar hadiah, janji temu
Tarikh14 Februari (di kebanyakan negara, rujuk teks)

Hari Santo Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Nama "Valentine" merupakan panggilan nama bahasa Inggeris kepada nama Latin "Valentinus" - sambutan ini dinamai sempena seorang dua martir Kristian purba yang bernama sedemikian. Keraian ini mula ditubuhkan oleh Paus Gelasius I pada tahun 496 M namun digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paulus VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan. Sambutan ini mula-mula dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan apabila mekarnya asmara istana.

Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepada kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.