Hari Taraf Negara (Lithuania)
| Hari Taraf Negara هاري طرف نݢارا | |
|---|---|
Penggambaran raja Mindaugas | |
Juga dikenali sebagai | Hari Kemahkotaan |
Diraikan oleh/di | Lithuania |
| Jenis | Kebangsaan |
| Kepentingan | Memperingati kemahkotaan Mindaugas sebagai satu-satunya raja Lithuania |
| Tarikh | 6 Julai |
| Kekerapan | Tahunan |
Hari Taraf Negara atau Hari Kemahkotaan adalah suatu cuti umum di Lithuania yang disambut pada 6 Julai bagi memperingati kemahkotaan Mindaugas sebagai raja Lithuania pada tahun 1253. Hari sebenar peristiwa tersebut boleh dipertikaikan dan dipilih mengikut dapatan sejarawan Edvardas Gudavičius. Hari tersebut telah diraikan secara rasmi sejak 1991.