Hari Showa
| Hari Showa | |
|---|---|
| Nama rasmi | 昭和の日 Shōwa no hi |
Juga dikenali sebagai | Hari Showa |
Diraikan oleh/di | Orang Jepun |
| Jenis | Kebangsaan |
| Kepentingan | Memperingati hari keputeraan Maharaja Showa |
| Tarikh | 29 April |
Hari Shōwa (昭和の日, Shōwa no hi) adalah cuti umum tahunan di Jepun yang disambut pada 29 April. Ia memperingati hari keputeraan Maharaja Hirohito (Shōwa), maharaja yang memerintah sebelum, semasa dan selepas Perang Dunia Kedua (dari 1926 ke 1989). Tujuan utama cuti ini adalah "untuk mengenang kembali zaman Shōwa apabila pemulihan dibuat selepas hari-hari yang bergolak, dan berfikir mengenai masa depan negara."