Hari Republik (India)
| Hari Republik | |
|---|---|
Diraikan oleh/di | India |
| Jenis | Kebangsaan |
| Kepentingan | Penubuhan Perlembagaan India |
| Sambutan | Perarakan, edaran gula-gula di sekolah, ceramah dan tarian kebudayaan |
| Tarikh | 26 Januari |
| Kekerapan | Tahunan |
Hari Republik menghormati tarikh Perlembagaan India berkuat kuasa pada 26 Januari 1950 menggantikan Akta Kerajaan India (1935) sebagai dokumen pemerintah India.
Perlembagaan telah diterima pakai oleh Dewan Perlembagaan India pada 26 November 1949, dan berkuatkuasa pada 26 Januari 1950 dengan sistem pemerintahan demokratik, menyelesaikan peralihan negara ke arah menjadi sebuah republik bebas. 26 Januari dipilih sebagai hari Republik kerana pada hari ini pada 1929 ketika Perisytiharaan Kemerdekaan India (Purna Swaraj) telah diumumkan oleh Kongres Nasional India yang bertentangan dengan status Kesatuan yang ditawarkan oleh Rejim British.