Hari Republik (Filipina)
| Hari Republik Filipina | |
|---|---|
Bendera Amerika Syarikat diturunkan manakala Bendera Filipina dinaikkan semasa upacara kemerdekaan, 4 Julai 1946. | |
| Nama rasmi | Hari Republik |
Juga dikenali sebagai | Hari Persahabatan Filipina–Amerika Syarikat |
Diraikan oleh/di | Filipina |
| Jenis | Sekular, warisan, pemerintah |
| Kepentingan | Pada mulanya, perayaan penubuhan Republik Filipina pada 4 Julai 1946 Kemudian, perayaan persahabatan antara rakyat Filipina dan Amerika Syarikat |
| Tarikh | 4 Julai |
| Kekerapan | tahunan |
Hari Republik Filipina (Bahasa Tagalog: Araw ng Republikang Pilipino), juga dikenali sebagai Hari Persahabatan Filipina–Amerika Syarikat, ialah peringatan di Filipina yang diadakan setiap tahun pada 4 Julai. Ia dahulunya merupakan cuti rasmi yang ditetapkan sebagai Hari Kemerdekaan, meraikan pemeteraian Perjanjian Manila, yang memberikan kemerdekaan Filipina daripada Amerika Syarikat pada tahun 1946.