Hari Perintis (Utah)
| Hari Perintis | |
|---|---|
Perarakan berkuda yang diadakan di Monroe, Utah | |
Diraikan oleh/di | Utah, Amerika Syarikat |
| Jenis | Budaya |
| Kepentingan | Memperingati ketibaan Brigham Young dan kumpulan perintis Mormon ke Lembah Salt Lake |
| Sambutan | Perbarisan, bunga api, rodeo dan kegiatan lain |
| Tarikh | 24 Julai |
| Tarikh 2024 | 24 Julai |
| Tarikh 2025 | 24 Julai |
| Tarikh 2026 | 24 Julai |
| Tarikh 2027 | 24 Julai |
| Kekerapan | Tahunan |
Hari Perintis merupakan suatu cuti rasmi yang diraikan pada 24 Julai di negeri Utah, Amerika Syarikat (A.S.), dengan beberapa sambutan berlangsung di kawasan sekitar negeri yang asalnya diduduki oleh perintis Mormon. Hari tersebut memperingati masuknya Brigham Young dan kumpulan pertama perintis Mormon ke Lembah Salt Lake pada 24 Julai 1847, di mana Orang Suci Zaman Akhir yang menetap di sana dipaksa keluar dari Nauvoo, Illinois dan lokasi-lokasi lain di timur A.S. Perbarisan, bunga api, rodeo dan perayaan-perayaan lain disambut bagi memperingati peristiwa tersebut. Serupa dengan Hari Kemerdekaan, banyak pejabat tempatan, pemerintah negeri serta perniagaan di tutup pada hari tersebut.
Selain menjadi cuti rasmi di Utah, Hari Perintis dianggap sebagai peristiwa istimewa bagi ramai anggota Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (Gereja LDS). Pada hari tersebut, sesetangah Orang Suci Zaman Akhir akan berjalan di sebahagian Jejak Mormon atau melakonkan semula perjalanan masuk ke Lembah Salt Lake dengan kereta sorong. Orang Suci Zaman Akhir di seluruh A.S. dan dunia mungkin menyambut 24 Julai bagi memperingati era perintis Gereja OSZA dengan lagu, tarian, juadah bawaan dan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perintis.