Hari Olimpik

Hari Olimpik disambut pada 23 Jun setiap tahun, sempena penubuhan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Paris. Idea ini dicadangkan pada tahun 1947 semasa Sesi IOC ke-41 oleh ahli IOC Czechoslovakia, Doktor Gruss, dan diterima oleh IOC pada Januari 1948. Hari Olimpik telah dihubungkaitkan dengan Larian Hari Olimpik, yang dimulakan pada tahun 1987, di seluruh dunia.

Hari Olimpik kini disambut di seluruh dunia oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan masing-masing, bukan sebagai sebuah acara sukan sahaja tetapi juga merangkumi program pendidikan dan kebudayaan. Tiga prinsip Hari Olimpik ialah bergerak, belajar dan meneroka (move, learn, discover).