Hari Mei
| Hari Mei | |
|---|---|
Tarian tiang Mei di Gereja Bishopstone, Sussex Timur, di England, UK. | |
| Nama rasmi | May Day |
| Tarikh | 4 Mei |
Hari Mei ialah sebuah cuti umum yang biasanya disambut pada 1 Mei atau Isnin pertama bulan Mei. Ia merupakan hari perayaan kuno Musim bunga dan cuti musim bunga tradisional kini di kebanyakan negara Eropah. Tarian, nyanyian dan kek biasanya sebahagian daripada pesta.
Pada tahun 1889, Hari Mei dipilih sebagai tarikh bagi Hari Pekerja Antarabangsa oleh Sosialis dan Komunis Antarabangsa Kedua untuk memperingati rusuhan Haymarket di Chicago. Hari Pekerja Antarabangsa juga dipanggil "Hari Mei", tetapi ia ialah sambutan yang berbeza daripada Hari Mei yang tradisional.