Hari Malvinas

Hari Veteran dan Mereka yang Gugur dalam Perang Malvinas
هاري ۏيترن دان مريک يڠ ݢوݢور
دالم ڤرڠ مالۏيناس
Monumen Tanda Malvinas di Quequén, Buenos Aires, Argentina
Juga dikenali sebagai
  • Hari Veteran Perang dan Mereka yang Gugur dalam Perang Malvinas
  • Hari Kepulauan Malvinas, Georgia Selatan dan Sandwich Selatan
Diraikan oleh/di
 Argentina
JenisKebangsaan
Tarikh2 April
Waktu berikutnya2 April 2026 (2026-04-02)
KekerapanTahunan

Hari Malvinas atau secara rasminya Hari Veteran dan Mereka yang Gugur dalam Perang Malvinas adalah suatu cuti umum yang disambut pada 2 April setiap tahun di Argentina. Nama cuti ini merujuk kepada nama bahasa Sepanyol Kepulauan Falkland iaitu Islas Malvinas (Kepulauan Malvinas).

Cuti tersebut diperkenalkan buat pertama kalinya pada 22 November 2000 dan disytiharkan secara rasmi sejak 15 Disember tahun yang sama. Sejak 30 Jun 2006, Hari Malvinas merupakan hari kelepasan kebangsaan tidak boleh alih, jadi ia tidak boleh dialihkan ke hari Isnin sebelumnya atau berikutnya untuk mengisi hujung minggu yang panjang.