Hari Keputeraan Rasmi Grand Duke
| Hari Kebangsaan Luxembourg | |
|---|---|
| Nama rasmi | Lëtzebuerger Nationalfeierdag |
| Tarikh | 23 Jun |
| Waktu berikutnya | 23 Jun 2026 |
| Kekerapan | annual |
Berkaitan dengan | Pemerintahan beraja Luxembourg |
Hari Keputeraan Rasmi Grand Duke (Perancis: Célébration publique de l'anniversaire du souverain), juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan Luxembourg (Perancis: Fête nationale luxembourgeoise, Luxembourg: Lëtzebuerger Nationalfeierdag), dirai sebagai cuti kebangsaan tahunan Luxembourg. Perayaan ini diraikan pada 23 Jun, walaupun tarikh ini tidak pernah menjadi tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana pemerintah Luxembourg. Apabila raja pemerintah negara Luxembourg seorang wanita, perayaan ini akan dikenali sebagai Hari Keputeraan Rasmi Grand Duchess.