Hari Keharmonian Kaum
| Hari Keharmonian Kaum | |
|---|---|
Diraikan oleh/di | Singapura |
| Jenis | Sekular |
| Kepentingan | Memperingati sempena rusuhan kaum Singapura 1964 |
| Tarikh | 21 Julai |
| Kekerapan | Tahunan |
Hari Keharmonian Kaum di Singapura merupakan sambutan untuk meraikan kejayaan sebagai sebuah negara berdaulat yang harmoni berbilang kaum dan agama. Disambut pada 21 Julai setiap tahun, dengan kebanyakan aktiviti diatur oleh pelbagai sekolah dan organisasi akar umbi, termasuk kumpulan agama.