Hari Kebangsaan Sweden
| Hari Kebangsaan Sweden | |
|---|---|
Sambutan Hari Kebangsaan di Kungsträdgården di Stockholm | |
| Nama rasmi | Sveriges nationaldag |
| Tarikh | 6 Jun |
| Kekerapan | tahunan |
Hari Kebangsaan Sweden (Svensk: Sveriges nationaldag) ialah hari cuti kebangsaan yang disambut di Sweden pada 6 Jun setiap tahun. Sebelum 1983, hari kebangsaan ini disambut sebagai Hari Bendera Sweden (Svensk: Svenska flaggans dag). Pada masa itu, hari berkenaan dinamai semula kepada Hari Kebangsaan oleh Riksdag.