Hari Jerman-Amerika
| Hari Jerman-Amerika | |
|---|---|
Diraikan oleh/di | Orang Jerman-Amerika |
| Jenis | Budaya |
| Tarikh | 6 October |
| Waktu berikutnya | Oktober 6, 2026 |
| Kekerapan | Tahunan |
Hari Jerman-Amerika (bahasa Inggeris: German-American Day, Jerman: Deutsch-Amerikanischer Tag) ialah cuti di Amerika Syarikat, disambut setiap tahun pada 6 Oktober di bawah Pub.L. 100–104, 101 Stat. 721. Ia menyambut warisan orang Jerman-Amerika dan memperingati penubuhan Germantown, Pennsylvania (kini sebahagian daripada Philadelphia) pada tahun 1683.