Hari Emoji Sedunia

Hari Emoji Sedunia ialah suatu cuti tidak rasmi yang diraikan pada 17 Julai. Hari tersebut dianggap "perayaan sejagat untuk emoji" dan diraikan dengan acara emoji dan pengeluaran produk. Diraikan setiap tahun sejak tahun 2014, NBC melaporkan bahawa hari tersebut merupakan butir sohor kini teratas Twitter pada 17 Julai 2015.