Bahasa Kesatuan Eropah
Bahasa Kesatuan Eropah adalah bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli Kesatuan Eropah (EU). Ini termasuklah 23 bahasa rasmi Kesatuan Eropah serta beberapa bahasa lain. Di laman webnya, Europa, kesatuan ini telah menyatakan bahawa bahasa adalah salah satu aset Eropah, dan oleh itu mempunyai pesuruhjaya khas untuk berbilang bahasa, Leonard Orban.