Hari Anzac

Hari Anzac
Upacara peringatan Hari Anzac di Kings Park, Australia Barat,
25 April 2009 pada ulang tahun ke-94
Diraikan oleh/di
Upacara peringatan, cuti umum
JenisKebangsaan, bersejarah
KepentinganPendaratan pertama Anzac di Gallipoli
UpacaraUpacara peringatan, perbarisan tentera
Tarikh25 April
KekerapanTahunan
Berkaitan dengan
Hari Peringatan (Komanwel),
Hari Armistis

Hari Anzac adalah hari peringatan kebangsaan yang diraikan di Australia dan New Zealand. Ia diraikan pada 25 April setiap tahun untuk memperingati anggota-anggota Kor Tentera Australia dan New Zealand (Australian and New Zealand Army Corps, ANZAC) yang berjuang di Gallipoli di Turki ketika Perang Dunia Pertama dan juga secara umumnya semua rakyat dua negara itu yang meninggal dunia akibat perang, konflik dan operasi keamanan. Hari ANZAC juga diraikan di Kepulauan Cook, Niue, Kepulauan Pitcairn dan Tonga.