Hari Air Sedunia
| Hari Air Sedunia هاري اير سدنيا | |
|---|---|
Diraikan oleh/di | Semua negara anggota PBB |
| Kepentingan | air |
| Tarikh | 22 Mac |
Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun setelah pengisytiharan dilakukan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada tahun 1993. Ketika hari tersebut, negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melaksanakan rancangan yang dipersetujui dan menggalakkan aktiviti berkaitan sumber air dunia.