Hantu Jerangkong (filem 1957)
| Hantu Jerangkong | |
|---|---|
Filem Hantu Jerangkong | |
| Pengarah | K. M. Basker |
| Dibintangi | Aziz Jaafar Hashimah Yon |
| Muzik oleh | Osman Ahmad |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1957 |
| Negara | Singapura |
| Bahasa | Melayu |
Filem Hantu Jerangkong (ejaan kini: Jerangkung) merupakan sebuah filem seram Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu sebahagian daripada Malaya pada tahun 1957.
Filem ini telah diarahkan oleh K. M. Basker. Disebabkan penerimaan orang ramai yang menggalakkan, Hantu Kubor dihasilkan selepas filem ini. Filem ini jarang ditayangkan di televisyen kerana dianggap mengandungi perkara-perkara yang berlawanan dengan ajaran Islam, seperti percayakan hantu (hantu Jerangkung), dan mencampur aduk mentera dengan doa.