Hans Christian Andersen
Hans Christian Andersen | |
|---|---|
| Lahir | 2 April 1805 Odense, Denmark |
| Meninggal dunia | Ogos 4, 1875 (umur 70) Copenhagen, Denmark |
| Pekerjaan | novelis, penulis cerita pendek, penulis cerita dongeng, penyajak |
| Warganegara | Denmark |
| Genre | Kesusasteraan kanak-kanak, travelog |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "magnum_opus" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "influences" yang tidak diketahui
Hans Christian Andersen [ˈhanˀs ˈkʰʁæʂd̥jan ˈɑnɐsn̩] atau cuma H.C. Andersen [hɔse ˈɑnɐsn̩], (2 April 1805 – 4 Ogos 1875) ialah seorang pengarang dan penyajak berbangsa Denmark yang masyhur kerana mengarang cerita dongeng. Cereka-cereka terkenal beliau termasuk "Ratu Salji", "Si Duyung Kecil", "Pakaian Baru Maharaja" dan "Anak Itik Hodoh". Sepanjang riwayat beliau, Andersen diraikan oleh Kerabat Diraja dan disanjung kerana membawa keriangan kepada kanak-kanak di seluruh Eropah. Cerita-cerita dongengnya telah diterjemah ke lebih seratus bahasa dan masih diterbitkan dalam "berjuta-juta salinan di seluruh dunia".