Hanjin

Hanjin Group (한진 그룹) ialah sebuah konglomerat Korea Selatan, atau "Chaebol". Kumpulan ini memiliki syarikat perkapalan Hanjin Shipping (termasuk Hanjin Logistics) dan syarikat penerbangan,Korean Air (KAL) yang diambil alih pada tahun 1969. Dengan pegangan majoritinya dalam Senator Lines, Hanjin-Senator ialah syarikat pengangkutan dan perkapalan kontena yang kelapan terbesar di dunia.