Hanis Zalikha
Hanis Zalikha | |
|---|---|
حنيس زاليخا | |
Gambar profile Hanis Zalikha 2024 | |
| Kelahiran | Hanis Zalikha binti Zainal Rashid 9 Oktober 1990 |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA, Segamat |
| Pekerjaan | Model, pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2008–kini |
| Pasangan | Hairul Azreen (k. 2015) |
| Anak-anak | 2 (termasuk Yusuf Iskandar) |
| Ibu bapa |
|
| Laman web rasmi | inibelogsaya |
Hanis Zalikha Zainal Rashid (Jawi: حنيس زاليخا زاينل رشيد; lahir 9 Oktober 1990) merupakan seorang model, pelakon, pengacara, usahawan dan penulis blog wanita Malaysia. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.