Hanez Suraya
Hanez Suraya | |
|---|---|
| Kelahiran | Hanez Suraya binti Abdul Aziz 22 Ogos 1985 |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2004–2016 |
| Pasangan | Romie Razin Adilha (k. 2015) |
| Anak-anak | 2 |
Hanez Suraya Abdul Aziz (lahir 22 Ogos 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Dari kerjaya lakonannya, Hanez diperkenalkan oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Sheera Iskandar. Beliau turut berlakon dalam 3 Janji, dan juga telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria selain Hidayah Cintaku (TV1) dan Suri (TV3).