Hancock (filem)

Hancock
PengarahPeter Berg
Penulis
  • Vince Gilligan
  • Vincent Ngo
Dihasilkan oleh
  • Akiva Goldsman
  • James Lassiter
  • Michael Mann
  • Will Smith
Dibintangi
SinematografiTobias A. Schliessler
Disunting oleh
  • Colby Parker Jr.
  • Paul Rubell
Muzik olehJohn Powell
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
  • 16 Jun 2008 (2008-06-16) (Paris)
  • 02 Julai 2008 (2008-07-02) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
92 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$150 juta
Pecah panggung$624.3 juta

Hancock merupakan sebuah filem komedi superhero Amerika Syarikat tahun 2008 diarahkan oleh Peter Berg dan dibintangi Will Smith, Charlize Theron, Jason Bateman dan Eddie Marsan. Ia menceritakan kisah seorang superhero vigilante, John Hancock (Smith) dari Los Angeles yang tindakan melulunya menyebabkan bandar kerugian berjuta-juta dolar. Orang yang diselamatkannya, Ray Embrey (Bateman), menjadikannya misinya untuk menukar imej awam Hancock kepada yang lebih baik.

Di Amerika Syarikat, filem ini diberi rating PG-13 oleh Motion Picture Association of America selepas perubahan dibuat atas permintaan organisasi untuk mengelakkan rating R, yang diterima filem ini dua kali sebelum itu. Filem ini ditayangkan secara meluas pada 2 Julai 2008 di Amerika Syarikat dan United Kingdom oleh Columbia Pictures. Hancock menerima ulasan bercampur daripada pengkritik fiem dan mengutip lebih daripada $620 juta di teater seluruh dunia.