Hamzah Hussin
Hamzah Abdul Majid bin Hussain (27 Januari 1927 — 21 April 2007), lebih mesra dengan panggilan Hamzah Hussin. Ketika hayatnya beliau merupakan bekas Pegawai Perhubungan di Cathay Keris. Pembabitannya dalam bidang perfileman ini menjadikannya sebagai orang yang berpengetahuan luas dan bermula sebelum beliau menyertai Cathay Keris lagi.
Hamzah Hussin | |
|---|---|
| Kelahiran | Hamzah Abdul Majid bin Hussain 27 Januari 1927 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
| Meninggal dunia | 21 April 2007 (umur 80) |
| Sebab kematian | Sakit tua |
| Pekerjaan | Penulis, Pengarang majalah, Pegawai perhubungan, Penerbit |
| Tahun aktif | 1958—1972 |