Hampas tebu

Hampas tebu (atau hampas sahaja) ialah bahan gentian yang kering yang diperoleh daripada batang pokok tebu atau betari yang telah diperahkan untuk dijadikan minuman iaitu jus. Hampas tebu digunakan dalam bahan api bio untuk pengeluaran haba, tenaga, elektrik serta dalam pembikinan pulpa dan bahan binaan. Dalam hampas tebu yang telah dicuci dan dikeringkan terdapat beberapa kandungan kimia iaitu selulosa sebanyak 45 sehingga 55 peratus, hemiselulosa sebanyak 20 hingga 25 peratus, lignin sebanyak 18 hingga 24 peratus, abu sebanyak satu hingga empat peratus dan lilin kurang daripada satu peratus.