Hammurabi

Hammurabi
Hammurabi (berdiri) digambarkan bersembahyang sambil menerima lambang diraja dari Shamash. (teraan pada baahgian atas prasasti undang-undang Hammurabi).
Kelahiranc. 1792 SM
Babylon
Meninggal dunia1750 SM kronologi sederhana
Babylon
Terkenal keranaKod Hammurabi
PangkatRaja Babylon
Terma42 tahun; c. 1792 - 1750 SM (tengah)
PendahuluSin-Muballit
PenggantiSamsu-iluna
Rakan kongsi domestikTidak dikenali
Anak-anakSamsu-iluna
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"

Hammurabi (bahasa Akkad dari bahasa Amorit ʻAmmurāpi, "saudara itu penyembuh", dari ʻAmmu, "saudara sebelah ayah", dan Rāpi, "penyembuh"; (mangkat sekitar 1750 SM) merupakan raja keenam Babylon (dalam Dinasti Pertama Babylon) mulai 1792 SM hingga 1750 SM kronologi sederhana (1728 SM – 1686 SM kronologi singkat). Baginda menjadi raja pertama Empayar Babylon ekoran penurunan takhta ayahandanya, Sin-Muballit, kemudian meluaskan penguasaan Babylon ke atas Mesopotamia dengan memenangi peperangan demi peperangan terhadap negeri-negeri yang berdekatan. Biarpun empayarnya menguasai seluruh Mesopotamia sewaktu kemangkatannya, namun pewaris-pewarisnya tidak mampu memelihara penguasaan baginda.

Hammurabi terkenal kerana menggubal undang-undang Kod Hammurabi, iaitu salah satu contoh undang-undang awam bertulis yang terawal dalam catatan sejarah. Undang-undang ini tertera pada prasasti setinggi lapan kaki (2.4 meter) yang ditemui di negara Parsi pada tahun 1901. Atas baktinya sebagai penggubal undang-undang kuno pada zaman moden, potret Hammurabi terdapat pada bangunan-bangunan kerajaan di seluruh dunia.