Hamid Syahriari
Hujatul Islam Syeikh Hamid Syahriari | |
|---|---|
Hamid Syahriari pada September 2024 | |
| Setiausaha Agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam | |
| Menyandang jawatan 2018 | |
| Dilantik oleh | Ali Khamenei |
| Didahului oleh | Muhsin Araki |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Hamid Havali Syahriari 1963 (umur 61–62) Tehran, Iran |
| Pendidikan | Seminari Qom |
| Bidang pengkhususan | Ulama |
Hamid Havali Syahriari (Parsi: حمید حوالی شهریاری) (Lahir: 1963, Tehran) ialah seorang ulama Islam di Iran bermazhab Syiah Imam Dua Belas. Beliau telah dilantik sebagai setiausaha agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam pada 2018. Perlantikan beliau dilakukan dengan titah pemimpin agung Iran, Ali Khamenei bagi menggantikan Muhsin Araki.
Hamid ialah bekas ketua Pusat Statistik dan Maklumat dalam sistem kehakiman Iran. Beliau juga ialah bekas ketua Pusat Penyelidikan Komputer Sains Islam. Beliau juga pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Ruang Siber Iran.
Beliau pernah menghadiri Hauzah Ilmiah Qom (pusat pengajian Syiah) pada 1981, dan menamatkan pengajian seminarinya dalam 6 tahun. Beliau juga sibuk mengajar pengajian seminari ketika menghabiskan pengajian beliau sendiri, dan dalam masa sama mempelajari bahasa Arab dan Inggeris. Selepas habis pendidikan Hauzah, beliau menyertai kelas seperguruan dengan Sayid Kazim Al-Haeri dan Jawad Tabrizi selama sepuluh tahun dalam fiqh dan usul.