Hambur tangan (gimnastik)
Hambur tangan (Jawi: همبور تاڠن ) (juga dikenali sebagai flic-flac, flip-flop, atau handspring) ialah gerakan akrobatik di mana seseorang melakukan putaran penuh badan dengan meluncur kepala dahulu dari posisi berdiri tegak ke posisi terbalik menegak dan kemudian menolak (iaitu, menghambur) dari lantai dengan tangan untuk melompat kembali ke posisi berdiri tegak. Arah putaran badan dalam hambur tangan boleh sama ada ke hadapan atau ke belakang, dan kedua-dua jenis boleh dilakukan dari posisi berdiri pegun atau semasa bergerak.
Hambur tangan dilakukan dalam pelbagai aktiviti fizikal, termasuk tarian akro, sorak, dan gimnastik. Dalam aktiviti pertandingan, hambur tangan dinilai berdasarkan beberapa kriteria.