Hamad Kama Piah


Hamad Kama Piah
Hamad Kama Piah dalam majlis pelancaran buku puisi beliau pada Jun 2023.
Kelahiran
Hamad Kama Piah bin Che Othman

1952 (umur 72–73)
Nama lainR Hamkama
PekerjaanAhli perniagaan, Pengerusi UMW Holdings

Tan Sri Dato' Sri Dr. Hamad Kama Piah bin Che Othman ialah seorang eksekutif perniagaan dan tokoh korporat Malaysia. dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari 1997 hingga 2016. Sejak 1 Januari 2017, beliau memegang jawatan sebagai pengerusi UMW Holdings.

Selain itu, beliau pernah terpilih sebagai Tokoh Ahli Perniagaan 2011 oleh Akademi Pengurusan Asia (AAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).