Halsey

Halsey
Halsey di The GRAMMY Museum pada 2019
Kelahiran
Ashley Nicolette Frangipane

(1994-09-29) 29 September 1994
Edison, New Jersey, USA
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
Tahun aktif2012–kini
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
DiskografiLihat: Halsey discography (en)
Syarikat rakaman
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Ashley Nicolette Frangipane (/ˌfrænɪˈpɑːni/ FRAN-jih-PAH-nee; lahir 29 September 1994) atau lebih terkenal sebagai Halsey (/ˈhɔːlzi/ HAWL-zee), ialah penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Mendapat perhatian dari muzik yang dikeluarkan sendiri di platform media sosial, beliau mengikat kontrak bersama Astralwerks pada 2014 dan mengeluarkan EP sulungnya, Room 93, pada akhir tahun itu.

Halsey sejak itu memperoleh album nombor satu di Billboard 200 dengan Hopeless Fountain Kingdom (2017), serta dua album nombor dua dengan Badlands (2015) dan Manic (2020). Beliau telah memperoleh dua single nombor satu di Billboard Hot 100, termasuk "Closer", kolaborasi dengan The Chainsmokers, dan "Without Me"; beliau juga telah mencapai lima single teratas dengan "Bad at Love". Secara keseluruhan, Halsey telah menjual lebih dari satu juta album dan telah distrim lebih dari enam bilion kali di Amerika Syarikat. Ketiga-tiga album studionya telah disokong oleh jelajah utama.

Halsey terkenal dengan suara nyanyiannya yang tersendiri. Anugerah dan pencalonannya termasuk empat Anugerah Muzik Billboard, satu Anugerah Muzik Amerika, satu Anugerah Media GLAAD, tiga Rekod Dunia Guinness, satu Anugerah Muzik Video MTV dan dua pencalonan Anugerah Grammy. Di luar kerjayanya, beliau terlibat dalam kesedaran pencegahan bunuh diri, advokasi mangsa serangan seksual dan protes keadilan kaum.