Halloween
| Halloween | |
|---|---|
Labu Jack-o'-lantern, satu tradisi dan perhiasan Halloween lazim | |
Juga dikenali sebagai |
|
Diraikan oleh/di | Kristian Barat dan sebilangan besar bukan Kristian di seluruh dunia |
| Jenis | Kristian |
| Kepentingan | Hari pertama Allhallowtide |
| Sambutan | Trick-or-treat, kostum parti, jack-o'-lantern, penyalaan unggun api, ziarah ke tempat berhantu. |
| Upacara | Upacara gereja, upacara doa, puasa, dan vigil |
| Tarikh | 31 Oktober |
Berkaitan dengan | Samhain, Hari Kematian |
Halloween ialah suatu tradisi perayaan malam pada setiap 31 Oktober di sebilangan besar negara-negara dunia, terutamanya di negara-negara Barat. Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow), yakni hari kebesaran Katolik, Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan pada 1 November, dan pernah dikenal sebagai All Hallows' Day, penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti "orang kudus". Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina.
Beberapa teori wujud berkenaan asal perayaan ini, satu teori ialah Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai (Samhain). Selain itu, ada juga teori bahawa perayaan Celt ini mengalami pengkristianan, tetapi ada juga yang menganggap Halloween sendiri ialah perayaan Kristian yang terpisah. Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara, sebelum tersebar ke peringkat antarbangsa pada zaman berikutnya.
Halloween biasanya dikaitkan dengan hantu, ahli sihir, syaitan, goblin dan makhluk-makhluk ghaib lain kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut. Secara kontemporari, sambutan Halloween dilakukan dengan berpakaian kostum, dan berjalan pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat sambil berkata "trick or treat!" (helah atau habuan). Ucapan ini merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Akan tetapi, sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun. Selain itu, budaya-budaya Halloween lain termasuk ukiran jack-o-lantern, penyalaan unggun api, melakukan jenaka Halloween dan menonton filem-filem seram. Di samping itu, ibadat dan upacara keagamaan Kristian turut diamalkan sebilangan pihak sempena Halloween seperti menghadiri upacara gereja dan menziarahi kubur-kubur si mati serta (pada dahulukala) berpuasa, sementara pihak lain menganggapnya sebagai perayaan sekular.