Haka

Gambaran haka yang dilakukan pahlawan-pahlawan Māori, bertarikh sekitar 1845.
Batalion Māori berhaka siaga sebelum perang di Mesir, tahun 1941

Haka ([ha.ka]) ialah suatu perilaku mengacah khas yang dilakukan orang Māori dengan pergerakan yang rancak dan hentakan kaki yang kuat berirama panggilan khusus. Ia dahulunya dilakukan pahlawan-pahlawan lelaki sebelum berperang sesama puak, namun ia kini lebih dilakukan kedua-dua kaum lelaki dan wanita untuk tujuan dan kegiatan lain seperti menyambut tetamu (pōwhiri) atau majlis pengebumian.

Tarian ini lebih dikenali melalui pengamalannya oleh Pasukan ragbi kebangsaan New Zealand ("All Blacks") sejak 1905, terutamanya pasukan peribumi (New Zealand Native) yang membuat penjelajahan mereka se-New Zealand serta ke Britain, Ireland, Australia antara tahun-tahun 1888 dan 1889. Tarian ini turut dipersembahkan secara kecilan di sekolah-sekolah di New Zealand, di mana ia dipanggil kapa haka; persembahan sebegini sering diiringi nyanyian koir dan penggunaan alat (misalnya poi) atau senjata (taiaha misalnya) tertentu.