Hak terhadap harta di Malaysia
Hak terhadap harta atau lebih dikenali sebagai "rights to property" bermaksud kuasa yang ada pada individu terhadap sesebuah harta. Secara umumnya, ia merupakan satu hak asasi manusia yang mempunyai pelbagai spekulasi dan permasalahaan yang timbul.
Di Malaysia, undang-undang tertinggi yang menjadi sumber rujukan utama adalah Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. Hal ini membuktikan bahawa ia menjadi sumber rujukan unggul kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, perlembagaan ini mempunyai 15 Bahagian dan 183 Perkara yang lengkap berkaitan pentadbiran, pemerintahan dan peruntukan-peruntukan lengkap untuk negara. Tambahan lagi, ak ini diiktiraf dalam Perkara 17 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat namun ia tidak diiktiraf dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik dan juga Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Ssosial dan Kebudayaan.