Hak mengundi wanita

Hak mengundi wanita ialah hak yang membenarkan kaum wanita mengundi bagi pihak mereka sendiri dalam sesebuah pilihan raya. Pada awal kurun ke-18, sesetengah negara-negara kuasa besar dunia berusaha mengubah undang-undang pengundian agar membenarkan wanita mengundi. Pertubuhan kebangsaan dan antarabangsa ditubuhkan untuk menyelaraskan usaha ke arah hak tersebut terutamanya oleh Perikatan Hak Mengundi Wanita Antarabangsa yang ditubuhkan pada 1904 di Berlin, Jerman.