Hak LGBT di Malaysia
Hak LGBT di Malaysia | |
|---|---|
| Kedudukan undang-undang | Haram |
| Penalti | Sehingga 20 tahun penjara dengan rotan dan denda, warga Islam boleh dikenakan di mahkamah Syariah. |
| Pengenalpastian jantina | Tidak |
| Ketenteraan | Tidak |
| Perlindungan diskriminasi | Tidak |
| Hak berkeluarga | |
| Pengiktirafan hubungan | Tidak mengiktirafkan kesatuan pasangan sejenis |
| Pengambilan anak angkat | Tidak |
Orang lesbian, gay, dwiseks, dan transgender (LGBT) di Malaysia menghadapi cabaran undang-undang yang tidak dialami oleh penduduk bukan LGBT. Liwat adalah jenayah di negara ini, dan sikap sosial terhadap komuniti LGBT dibentuk oleh Islam, agama rasmi negara Malaysia.
Human Rights Watch menyatakan bahawa "Diskriminasi terhadap orang-orang lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) semakin meruncing di Malaysia."