Hajjaj ibn Yusuf
Al-Hajjaj ibn Yusuf (Arab: الحجاج بن يوسف) (lahir Jun 661M di Taif dan meninggal dunia pada 714M di Iraq) paling terkenal sebagai seorang panglima perang Kerajaan Islam Ummaiyyah. Beliau merupakan pemuda Arab yang berasal dari suku kaum Thaqafi. Oleh kerana jasanya dalam pentadbiran kerajaan yang besar, Khalifah Abdul Malik b. Marwan telah melantik belau menjadi Gabenor Hijaz, Iraq, Yamamah dan Yaman.