Hacksaw Ridge
| Hacksaw Ridge | |
|---|---|
Poster | |
| Pengarah | Mel Gibson |
| Lakon layar |
|
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Simon Duggan |
| Disunting oleh | John Gilbert |
| Muzik oleh | Rupert Gregson-Williams |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 139 minit |
| Negara |
|
| Bahasa | English |
| Bajet | $40 juta |
| Pecah panggung | $175.3 juta |
Hacksaw Ridge merupakan sebuah filem epik aksi perang biografi 2016 yang diarahkan oleh Mel Gibson serta ditulis oleh Andrew Knight dan Robert Schenkkan, berdasarkan dokumentari 2004 The Conscientious Objector.
Filem ini telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 November 2016 dengan pungutan sebanyak $175.3 juta di seluruh dunia dan menerima pujian dari pengkritik filem. Hacksaw Ridge telah dipilih oleh Institut Filem Amerika sebagai sepuluh filem terbaik sepanjang tahun. Filem ini menerima enam pencalonan Anugerah Akademi ke-89 dan memenangi dua anugerah. Ia turut menerima pencalon dari Anugerah Golden Globe, serta 12 pencalonan Anugerah AACTA dengan memenangi bagi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Hugo Weaving.
Ia menceritakan mengenai Desmond Doss yang menyertai pasukan tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua tetapi Doss enggan memegang sebarang senjata.